BM | EN | 中文

Sindiket Macau Scam ‘Ho & Michael’ di Johor tumpas, 12 ditahan

macau-scam.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 JUL: Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket penipuan ‘Macau Scam’ dikenali kumpulan Ho & Michael (H.M), dipercayai sindiket pertama di negara ini menggunakan sistem teknologi canggih ‘Got Further 62400’.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam serbuan kira-kira 9.30 pagi Selasa lepas di sebuah premis di Mount Austin di sini, polis menahan lapan lelaki dan empat wanita tempatan berumur lingkungan 20 hingga 45 tahun, dipercayai ahli sindiket itu.

“Premis berkenaan dikenal pasti dijadikan pusat panggilan kegiatan itu. Kesemua 12 yang ditahan terdiri daripada seorang penyelia dan seorang pakar teknikal sistem komunikasi IT manakala selebihnya operator telefon,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata polis turut merampas empat komputer riba, 40 telefon bimbit, sebuah unit pemprosesan pusat (CPU), sebuah monitor, dua mesin pencetak, sebuah mesin pengisar kertas serta 40 dokumen maklumat mangsa yang digunakan untuk kegiatan penipuan.

Katanya sindiket tersebut menjalankan kegiatan penipuan menggunakan alat telekomunikasi paling canggih iaitu aplikasi Voice Over Internet Protocol (VoIP) dan Interactive Voice Response (IVR).

“Mangsa dihubungi secara rawak dan kononnya panggilan adalah daripada pegawai polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), imigresen, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mahkamah dan Pos Malaysia bahawa mangsa telah melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seperti pengubahan wang haram,” katanya.

Advertisement

Katanya mereka akan meminta mangsa memuat turun sebuah aplikasi untuk mendapatkan semua maklumat dalam telefon bimbit mangsa terutama Transaction Authorization Code (TAC) akaun bank mangsa yang akan digunakan untuk memindahkan wang dari akaun mangsa.

Beliau berkata sindiket tersebut menggunakan sistem pangkalan data haram yang dapat menyemak maklumat mangsa seperti nombor telefon, kad pengenalan dan alamat rumah untuk meyakinkan mangsa sehingga terpedaya.

“Ini merupakan kali pertama polis Johor dapat membongkar sindiket pusat panggilan Macau yang melibatkan warganegara Malaysia. Selain di Malaysia, kegiatan sindiket ini juga turut bertumpu di negara lain termasuk Kemboja, Thailand, Australia, Jepun dan Vietnam,” katanya.

Advertisement

Ayob Khan berkata pihaknya kini sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya 12 kes melibatkan sindiket tersebut dengan jumlah kerugian kira-kira RM595,299.

Katanya polis sedang memburu dua lelaki tempatan bagi melengkapkan siasatan terhadap kegiatan sindiket itu iaitu, Ho Kim Long atau nama panggilannya Er Ker atau Pui Kia, 31, dan Cham Tian Cher atau nama panggilannya Michael atau Mike, 36, yang dipercayai merupakan ahli kongsi gelap kumpulan lima warna.

Beliau berkata gaji diperoleh operator dalam sindiket itu sekitar RM3,000 hingga RM5,000 berserta komisen antara tiga peratus dan tujuh peratus daripada hasil penipuan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top