BM | EN | 中文

Sindiket judi online sasar warganegara China tumpas

IMG-20200110-WA0007.jpg
Advertisement

KLUANG, 10 JAN: Polis berjaya menumpaskan sindiket judi dengan penahanan 18 orang suspek yang mensasarkan warganegara China sebagai mangsa dalam satu serbuan di Taman Delima, Kluang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, sindiket itu dipercayai beroperasi sejak dua bulan lalu di mana dalam serbuan itu polis turut merampas peralatan yang dipercayai digunakan dalam urusan perjudian online ‘Calling Centre’.

Katanya, hasil risikan, pada jam 7.30 malam semalam serbuan telah berjaya dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor, Iskandar Puteri, Johor Bahru Utara dan Kluang.

Advertisement

Menurutnya, modus operandi sindiket adalah dengan mengendali dan mempromosi perjudian online melibatkan dua buah rumah di Kluang bagi menarik mangsa warganegara China untuk pertaruhan.

“Sindiket ini dipercayai membuat transaksi urus niaga lebih kurang RM200,000 harian dan RM6 Juta bagi bulanan.

“Kesemua tangkapan warganegara China tinggal di dua buah rumah di Taman Delima, Kluang sambil menjalankan aktiviti perjudian.

Advertisement

“Tiga orang warganegara China yang ditangkap menggunakan pas lawatan sosial manakala 15 lagi tidak memiliki passport,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, kesemua tangkapan akan dikenakan reman.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top