BM | EN | 中文

Sindiket judi dalam talian berpangkalan di Kemboja diserbu di Johor Bahru

Sindiket-judi-dalam-talian-berpangkalan-di-Kemboja-diserbu-di-Johor-Bahru.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Daerah Seri Alam

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 MEI: Satu sindiket perjudian dalam talian yang berpangkalan di Kemboja hanya sempat beroperasi selama dua bulan, sebelum pusat panggilannya di Johor Jaya, di sini, diserbu polis Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi lshak berkata dalam serbuan pada 6.30 petang itu, pihaknya menahan 10 warga tempatan terdiri daripada enam lelaki dan empat perempuan, berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Turut dirampas dalam serbuan ialah 11 unit komputer, 46 telefon bimbit pelbagai jenama, satu fail dokumen disyaki rekod perjudian, 143 keping kad sim, satu modem dan penghala Internet serta 14 keping kad ATM pelbagai bank.

Advertisement

“Modus operandi sindiket ini ialah menjadikan rumah kediaman sebagai pusat transaksi pemindahan dan pengeluaran wang secara dalam talian.

“Anggaran transaksi sehari adalah antara RM50,000 hingga RM100,000 dengan Malaysia, Singapura dan Hong Kong adalah pusat aktiviti pelaburan (perjudian) sindiket,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Sohaimi berkata kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top