BM | EN | 中文

Sindiket edar rokok tak bercukai guna lori ‘perkhidmatan penting’ diserbu di Pekan Nanas

Rokok-tak-bercukai-diedar-guna-lori-lengkap-dokumen-perkhidmatan-penting.jpg

Gambar Ehsan Bernama

Advertisement

PONTIAN, 11 JUN: Cubaan satu sindiket untuk mengedarkan rokok tidak bercukai dengan mengangkutnya menggunakan lori, lengkap dengan dokumen ‘perkhidmatan penting’ tidak kesampaian apabila taktik itu berjaya dihidu pihak polis yang melakukan serbuan di sebuah ladang sawit di Pekan Nanas, Pontian, kelmarin.

Komander Paskan Polis Marin Bukit Aman SAC Mohd Yusoff Mamat berkata serbuan dilakukan pada pukul 2.30 petang ketika empat lelaki yang dipercayai pengedar rokok itu, sedang memunggah 45,000 paket atau 910,000 batang rokok jenama U2 daripada sebuah lori ke dalam tiga kenderaan.

Bagaimanapun menyedari kehadiran polis, tiga daripada mereka sempat melarikan diri manakala seorang lagi berjaya ditahan.

Advertisement

“Nilai keseluruhan rokok yang dirampas bersama tiga kenderaan iaitu jenis Toyota Alphard, Toyota Innova dan Proton Exora adalah RM982,500,” katanya, lapor Bernama

Mohd Yusoff dalam sidang media semalam berkata, berdasarkan siasatan ke atas suspek berusia 24 tahun yang ditahan, sindiket menggunakan lori berkenaan untuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa dalam Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Lori tiga tan jenis Hino warna putih ini datang daripada Kuala Lumpur untuk memasuki Johor. Ia didaftarkan di bawah sebuah syarikat di negeri ini.

Advertisement

“Selain itu, lori ini juga dikategorikan sebagai lori ‘essential services’, bila ada sekatan (SJR ) tiada masalah kerana selagi ada dokumen, ia tidak akan diperiksa dan muatan boleh lepas.

“Saya rasa ia (kegiatan itu) telah aktif sejak dua atau tiga bulan lepas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan,” katanya.

Beliau berkata tangkapan kini sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dan proses permohonan reman terhadapnya sedang dibuat.

Advertisement

“Dalam masa sama, polis sedang mengenal pasti tiga suspek berusia diantara 20-30 tahun yang melarikan diri itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top