BM | EN | 中文

Sindiket dadah lumpuh, lima lelaki ditahan

shahurunain.jpg

Shahurunain (dua, kiri) dalam sidang media

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 FEB: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah susulan tertangkapnya lima lelaki dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM941,249.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Shahurunain Jais berkata, tangkapan lima lelaki berumur di antara 28 hingga 53 tahun itu dilakukan hasil lima serbuan serentak di beberapa buah rumah di Johor Bahru dan di tempat letak kereta Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya merampas sejumlah 6.29 kilogram dadah jenis ketamine, 292 biji pil Ekstasi seberat 110 gram dan 4,250 biji pil Eramin 5 seberat 1.21 kilogram yang bernilai RM319,510.

Advertisement

“Dadah yang dirampas ini dipercayai untuk pasaran di Johor Bahru dan sekaligus menjadikan ia rampasan dadah terbesar untuk IPD Johor Bahru Selatan tahun ini.

“Kita turut menyita lima kenderaan iaitu Toyota Vellfire, Perodua Myvi, BMW, Honda dan Volkswagen Tiguan serta pelbagai barang kemas antaranya dua utas rantai, dua utas gelang tangan.

“Turut dirampas tiga utas jam tangan Arbutis, Automa Poletto, Tissot dan dua bentuk cincin bertatah batu permata, dua bentuk cincin emas bersama wang tunai RM17,552 dan dalam matawang asing berjumlah 280 Baht. Keseluruhan barang yang dirampas berjumlah RM941,249.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media di IPD Johor Bahru Selatan, di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, semua suspek kini direman selama tiga hari mulai 25 Februari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat sehingga berjaya membuat tangkapan dan rampasan,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top