BM | EN | 中文

Sindiket dadah keluarga di Muar tumpas, rampasan dadah bernilai RM3.4 juta

IMG-20200622-WA0015.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 JUN: Satu sindiket dadah dianggotai ahli keluarga melibatkan ibu, abang, adik dan abang ipar diberkas menerusi lima serbuan berasingan di sekitar Muar, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan keempat-empat suspek itu susulan maklumat awal diterima daripada Polis Marin Wilayah Dua yang menahan dua suspek di kawasan laut Tanjung Tohor, Muar.

Menurut beliau, hasil maklumat risikan mendapati sindiket ini menjalankan aktiviti penyeludupan dadah ke negara jiran sejak Disember lalu.

Advertisement

“Polis menjalankan lima serbuan berasingan di sekitar Muar sebelum berjaya menahan empat suspek yang mana kesemuanya merupakan ahli keluarga berusia antara 20 hingga 50 tahun.

“Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas 42.8 kilogram syabu, 20 kilogram ecstasy dan 2.7 kilogram pil eramin 5 berjumlah keseluruhan RM3.4 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Advertisement

Tambah Ayob Khan, polis turut merampas sebuah bot dan satu enjin serta dua buah kenderaan dengan nilai anggaran RM65,000.

Sementara itu dalam satu kes berasingan, polis turut menahan lapan lagi suspek sindiket pengedaran dadah berusia 23 hingga 33 tahun menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam.

“Menerusi serbuan itu, polis turut merampas pelbagai dadah bernilai RM20,341 dan menyita sebuah kenderaan dan wang tunai bernilai RM20,795,” ujarnya.

Advertisement

Kesemua suspek dikenakan reman selama tujuh hari manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top