PONTIAN, 28 DIS: Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong memohon kepada pihak berkuasa di daerah ini bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengusaha pertanian yang menghasilkan baja dengan cara yang tidak mematuhi spesifikasi yang dibenarkan.
Kata Yeo, aduan telah dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan satu perternuan koprehensif di tapak penyimpanan melibatkan pihak JAS, pengadu, pengusaha, wakil tuan tanah dan pihak polis.
Ujarnya pihak JAS menyatakan bahan tersebut bukan sisa toksik, sebaliknya salah satu ramuan digunakan untuk menghasilkan baja ataupun racun.
Namun pada 23 Disember lalu, pihaknya menerima aduan sekali lagi daripada pengadu bahawa terdapat tumpahan berlaku, menyebabkannya membuat pemantauan semula bersama waki tuan tanah.
“Saya dapati terdapat usaha seolah-olah dengan sengaja menumpahkan bahan tersebut bagi mengurangkan bebanan untuk membawa kaluar bahan tersebut.
“Hal demikian kerana terdapat banyak bahan yang tumpah ke tanah dan kemudiannya bahan tersebut ditutup dengan lapisan tanah supaya ia tidak keihatan,” kata Yeo.
Dalam surat aduan Adun Pekan Nanas yang dilihat Johorkini mendedahkan terdapat aktiviti penghasilan baja yang dilaksanakan dengan tidak menepati cara yang betul.
“Setelah pemantauan tersebut saya menghubungi JAS bagi mendapatkan penyelesaian. Namun maklumat diperolehi mereka tidak dapat mengambit tindakan kerana ia di luar bidang kuasa mereka.
“JAS menasihatkan agar menghubungi pihak Jabatan Pertanian. Berdasarkan makluman yang saya perolehi daripada JAS, pengusaha ini adalah orang yang sama dengan aduan di Parit Sikom sebelum ini.
“Memandangkan pengusaha merupakan orang yang sama dengan kes yang berlaku di Parit Sikom dan kini menimbulkan masalah di kawasan Pekan Nanas, adakah pengusaha ini tidak diambil sebarang tindakan atas perlakuan yang menimbulkan masalah ditempat lain? kata Yeo.
Tambah Yeo, pengusaha menyatakan bahawa beliau mempunyai kebenaran daripada pihak Jabatan Pertanian bagi kelulusan membuat baja, namun tidak menyatakan dalam bentuk bukti dokumen.
“Saya berharap agar usaha bersepadu dapat dilaksanakan bagi mendapatkan jalan penyelesaian.
“Saya memohon agar pihak pejabat daerah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah ini supaya ianya tidak berulang lagi,” kata Yeo lagi.
Johorkini