BM | EN | 中文

Sime Darby Property, LOGOS kerjasama wujudkan platform pengurusan dana

Sime-Darby-Property.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Sime Darby Property Bhd (Sime Darby Property) memeterai perjanjian pemegang saham dengan LOGOS SE Asia Pte Ltd (LOGOS Property), peneraju pakar logistik Asia Pasifik, bagi mewujudkan platform pengurusan dana untuk membangunkan aset perindustrian dan logistik di Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Datuk Azmir Merican menyifatkan perkongsian strategik itu sebagai langkah penting dalam evolusi menjadi syarikat pemaju hartanah dengan asas pendapatan ulangan lebih meluas menjelang 2025.

“Penubuhan platform pengurusan dana itu adalah sebahagian daripada strategi pembentukan nilai yang kami perkenalkan bagi meningkatkan saluran pendapatan Sime Darby Property dalam persekitaran pasaran hari ini yang mencabar.

Advertisement

“Oleh itu, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan LOGOS Property dan memanfaatkan sinergi bersama untuk membangunkan aset-aset gred pelaburan di Malaysia: katanya dalam sesi media secara maya di sini.

Mengulas selanjutnya, Azmir berkata, produk-produk utama yang ditawarkan menerusi platform pengurusan dana tersebut disasarkan untuk menyokong rangkaian e-dagang tempatan dan serantau berikutan pembangunan tersebut terletak di kawasan strategik dengan kemudahan akses ke lebuh raya utama dan laluan ke pelabuhan dan lapangan terbang.

Perjanjian pemegang saham itu merangkumi kaitan pihak-pihak terbabit sebagai pemegang saham dalam sebuah syarikat usaha sama – Industrial Joint Venture (Holdings) Pte Ltd dengan Sime Darby Property memegang 51 peratus kepentingan manakala baki 49 peratus dipegang oleh LOGOS Property.

Advertisement

Malah. Sime Darby Property turut menjadi pemaju syarikat tersenarai awam pertama di Malaysia yang bertindak menceburi dana pembangunan dalam sektor perindustrian dan logistik.

Sehubungan itu, Sime Darby Property telah memperuntukkan kawasan seluas 177 ekar (71 hektar) di perbandaran Bandar Bukit Raja di Kiang, Selangor, bagi menjayakan inisiatif atersebut.

Pernilihan Bandar Bukit Raja adalah untuk memanfaatkan kekuatannya sebagai kawasan perbandaran peiindustrian yang pesat serta dikenali dan di lokasi strategik dengan rangkaian kesalinghubungan ke semua prasarana penting di Lembah Klang.

Advertisement

Sementara itu, Ketua LOGOS Property Malaysia, David Aboud berkata sektor logistik Asia Pasifik telah melalui pertumbuhan besar sejak beberapa tahun lepas, didorong oleh perkembangan e-dagang, pembuatan dan pempelbagaian usaha rantaian bekalan yang tidak berpusat pada masa ini.

“Di Malaysia, ini mendorong kepada peningkatan ketara permintaan daripada pelanggan pelbagai negara dan domestik bagi ruang logistik berkualiti tinggi yang pada masa ini tidak menikmati perkhidmatan menyeluruh daripada sebahagian besar saham di pasaran.

“Tarnbahan pula, sektor logistik moden sedang mengalami peningkatan permintaan kemajuan pembangunan oleh pengguna termasuk automasi yang menjadi antara ciri dalam pasaran Malaysia,’ katanya.

Advertisement

LOGOS Property terdapat di 10 negara di seluruh rantau Asia Pasifik dengan portfolionya merangkumi hartanah bersaiz lebih 8.9 juta meter persegi, terrnasuk sedang dimajukan di bawah 26 usaha sarna.

Dalarn kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia, Sime Darby Property berkata usaha sama pertama bagi dana modal permulaan itu bertujuan untuk diwujudkan sebagai kerjasama terhad Singapura yang menyasarkan jumlah kornitmen modal bersamaan USS200 juta atau kira•kira RM850 juta daripada pelabur institusi dan yang diiktiraf.

Usaha sama itu akan memanfaatkan sinergi kedua-dua syarikat – kedudukan dan rekod prestasi Sime Darby Property dalam pasaran hartanah Malaysia serta memiliki tanah simpanan yang luas dan strategik selain pengalaman LOGOS Property membangunkan penyelesaian hartanah dalam sektor logistik.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top