BM | EN | 中文

Sikap membisu MP Tanjung Piai dan bekas menteri pengangkutan isu berkait PAC dipertikai

wee-jeck-seng-liow-tiong-lai.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mempersoalkan sikap berdiam diri pemimpin yang dikaitkan dengan Projek Sistem Kutipan Caj Jalan (RC) Dan Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP).

Menurut beliau, bekas menteri pengangkutan Liow Tiong Lai dan Ahli Parlimen Tanjong Piai, Wee Jeck Seng masih tidak menjawab persoalan mengenai laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) mengenai projek tersebut.

“Adakah mereka mengaku terdapat pengaruh politik (dalam projek itu)?” soalnya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Rakyat 17 Nov lalu berikutan pendedahan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh bahawa Tiong Lai telah memohon kelulusan daripada mantan Perdana Menteri Najib Razak bagi pelantikan secara rundingan terus kepada TC Sens Sdn. Bhd. di mana Jeck Seng merupakan pemegang saham 25 peratus dalam syarikat berkenaan.

Kontrak yang diberikan kepada TC Sens adalah Kontrak Perbelanjaan Modal (capex) berjumlah RM 45.15 juta dan Kontrak Perbelanjaan Operasional (opex) berjumlah RM104.30 juta.

Jawatankuasa itu mendapati bahawa tidak ada alasan yang kukuh untuk membenarkan projek-projek tersebut diberikan melalui rundingan langsung.

Advertisement

Terdahulu, menurut Roketkini, laporan itu menyatakan bahawa pemilihan TC Sens Sdn Bhd dilakukan tanpa penilaian menyeluruh berkaitan dengan kemampuan kewangan dan teknikal syarikat untuk melaksanakan projek sistem RC / VEP.

Tambahan pula, PAC juga mendapati wujudnya pengaruh politik dalam pelantikan kontraktor/vendor untuk projek sistem RC/VEP melalui rundingan terus.

Susulan itu, Ketua DAPSY Kebangsaan, Howard Lee telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu awal minggu lalu.

Advertisement

Mereka meminta SPRM untuk meneliti isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan mendakwa pihak yang melakukan kesalahan.

Mengulas lanjut, Poay Tiong yang juga Naib Pengerusi DAP Melaka berharap SPRM segera menyiasat perkara terbabit.

“Dan memandangkan timbalan menteri Wee Jeck Seng tak berani tampil ke depan untuk memberikan penjelasan kita boleh katakan kes itu memang ada pengaruh politik sebab itu dia dapat projek begitu besar,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top