BM | EN | 中文

Sidang Parlimen: Tiada apa untuk dikaji, lakukan sahaja

lim-guan-eng.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 JUN: Tidak ada apa-apa untuk dikaji sama ada Parlimen perlu bersidang semula secepat mungkin, dan perdana menteri, Mahiaddin Yassin hanya perlu melakukannya sahaja.

Ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata, jika Mahiaddin tidak bersedia untuk melakukannya, ini menunjukkan dia tidak ikhlas untuk mematuhi titah Diraja untuk membuka parlimen bagi menggerakkan usaha memerangi pandemik Covid-19 dan mempercepat program vaksinasi.

“Mahiaddin terdesak sehingga berani menentang titah diraja, menunjukkan dia sudah tiada keabsahan politik dan kehilangan majoriti parlimen di kalangan ahli parlimen,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Ujarnya, sebagai Perdana Menteri beliau gagal memimpin kerajaan, menangani pandemik Covid-19 menyebabkan kemelesetan ekonomi dan kesusahan kepada pekerja dan perniagaan.

“Mahiaddin patut membenarkan parlimen menentukan jalan keluar dari krisis yang melanda negara.

“Kelewatan sehari dalam membuka semula Parlimen akan menjadi satu hari yang hilang dalam usaha mencari penyelesaian,” kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Advertisement

Tambah beliau, jawatankuasa khas parlimen hibrid – gabungan kehadiran fizikal dan maya, kini dilihat sebagai taktik penangguhan dan muslihat politik untuk mengenepikan proses perlembagaan.

“Parlimen hibrid tidak boleh dijalankan kecuali Peraturan Mesyuarat dipinda terlebih dahulu oleh Parlimen.

“Ini memerlukan satu mesyuarat fizikal melibatkan semua 220 ahli parlimen diadakan terlebih dahulu untuk melakukan pindaan yang diperlukan terhadap Peraturan Mesyuarat sebelum sebarang mesyuarat parlimen hibrid boleh diadakan,” ujarnya lagi.

Advertisement

Kata bekas menteri kewangan itu, mesyuarat fizikal parlimen boleh diadakan melalui notis biasa 28 hari yang diberikan atau jangka masa yang lebih pendek beberapa hari sebagaimana yang diputuskan oleh Perdana Menteri mengikut Peraturan Mesyuarat 11 Parlimen.

“Sekiranya Mahiaddin dengan degil menolak untuk berbuat demikian, ahli parlimen mungkin tidak mempunyai pilihan selain terpaksa merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan kuasa Baginda di bawah Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat 2021 untuk memanggil semula Parlimen seperti dinyatakan,” kata Guan Eng lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top