BM | EN | 中文

Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor medan kongsi pengetahuan, padanan perniagaan

Amirudin-Shari-Sidang-Kemuncak-Perniagaan-Antarabangsa-Selangor.jpg

Gambar Ehsan selangorkini.my

Advertisement

SHAH ALAM, 14 OKT: Kerajaan Selangor menganjurkan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2020 secara maya bermula hari ini hingga Sabtu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penganjuran secara maya program tersebut meliputi tiga komponen utama iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor, Persidangan Perniagaan Selangor Asean dan Konvensyen Bandaraya Pintar serta Ekonomi Digital Selangor.

“Kerajaan Negeri menawarkan peluang tanpa sempadan dengan mengumpul pemain industri seluruh dunia untuk mengukuh dan merangsang semula perniagaan mereka dengan menyediakan platform perkongsian pengetahuan serta pemadanan perniagaan.

Advertisement

“Virtual SIBS 2020 akan berterusan sehingga 2021, seterusnya membolehkan usahawan untuk terus menggunakan platform ini,” kata Amirudin yang berucap secara maya hari ini.

Terdahulu Media Selangor melaporkan, negeri itu adalah yang pertama di Malaysia menganjurkan serta memimpin mesyuarat pelaburan serta persidangan ekonomi secara maya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top