BM | EN | 中文

Sidang DUN Selangor hibrid dilaksana tahun depan

dewan-undangan-negeri-selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 20 OGOS: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) dijangka boleh dilaksanakan secara hibrid pada tahun depan, kata Speaker Ng Suee Lim.

Beliau berkata usul meminda peraturan tetap DNS 1965 bagi memasukkan klausa membenarkan speaker memanggil sidang secara maya akan dibentang dalam persidangan sembilan hari bermula Isnin ini.

“Usul meminda peraturan tetap DNS 1965 akan membenarkan speaker memanggil sidang secara maya sekiranya berlaku keadaan luar jangka.

Advertisement

“Sekiranya semua setuju, jawatankuasa tetap peraturan dewan akan merangka pelaksanaan untuk dibentang dalam persidangan Disember untuk diluluskan,” katanya, lapor SelangorKini.

Pada sidang media di Bangunan Annex di sini, hari ini beliau berkata, Selangor menjadi negeri pertama mengemukakan usul untuk melaksanakan persidangan Dewan Negeri secara hibrid.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata usul bagi membenarkan sidang dibuat secara hibrid akan dibawa pada persidangan kali ini.

Advertisement

Amirudin berkata langkah itu bagi menghadapi cabaran penularan pandemik pada masa depan atau perkara lain yang menyukarkan persidangan secara fizikal.

Persidangan penuh sidang dewan negeri akan berlangsung di Bangunan Annex di sini, mulai 23 Ogos hingga 6 September.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dijadual berangkat dan mencemar duli bagi merasmikan istiadat pembukaannya pada Isnin.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top