BM | EN | 中文

Sidang DUN Johor tumpu langkah pemulihan akibat pandemik Covid-19

suhaizan-kaiat.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 JUL: Dewan Undangan Negeri Johor sedia bersidang pada 12 Ogos ini seperti yang dititahkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar 23 Jun lepas.

Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat berkata antara langkah persediaan yang diambil termasuk mewajibkan kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor menjalani ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum persidangan bermula.

“Selain itu, kakitangan kerajaan serta petugas media yang terlibat sepanjang persidangan itu berlangsung turut akan menjalani ujian sama pada 9 Ogos ini di Kota Iskandar, Iskandar Puteri,” katanya ketika ditemui semalam.

Advertisement

Suhaizan berkata beliau percaya sidang DUN kali ini akan memberi fokus kepada permasalahan dihadapi rakyat dan langkah pemulihan khususnya dalam tempoh yang mencabar akibat pandemik COVID-19.

“Sekarang isu utama adalah COVID-19 dengan terdapat peningkatan (kes) setiap hari, jadi saya kira Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad akan membentangkan usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat di Johor selain turut menumpukan kepada usaha pemulihan.

“Pertama dari segi masalah kesan kehidupan atau kewangan masyarakat, kedua dari segi bagaimana pengawalan, vaksinasi dan sebagainya,” katanya.

Advertisement

Ketika ditanya harapannya terhadap persidangan itu, beliau yakin persidangan DUN Johor akan berjalan dalam keadaan tertib dan lancar meskipun terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan wakil rakyat, namun kebiasaannya keadaan itu masih terkawal.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top