BM | EN | 中文

Sidang DUN Johor tangguh

IMG-20200227-WA0006.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 FEB: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada Khamis depan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, penangguhan itu dibuat atas kapasiti beliau sebagai Speaker DUN dan selaras dengan peruntukkan 7(3)Peraturan- Peraturan dan Perintah Tetap DUN Johor.

Katanya, makluman penangguhan telah diberitahu kepada jurutulis DUN Johor dan notis akan dihantar kepada 56 ADUN pada hari ini.

Advertisement

“Dengan mengambil kira perkembangan politik semasa, dari segi ketidaktentuan yang sedang berlaku pada ketika ini dan mungkin ada berlakunya rombakan Exco Kerajaan Negeri Johor dan beberapa perubahan besar dari segi kedudukan Menteri Besar dan sebagainya.

“Ia akan pastinya akan memberi kesan kepada sidang DUN Johor yang akan dijalankan pada 5 Mac ini. Jadi, saya menggunakan peruntukkan 7(3)Peraturan-Peraturan dan Perintah Tetap DUN Johor menangguhkan sementara persidangan 5 Mac ini kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Keputusan ini dibawah bidang kuasa dan penilaian Speaker,” katanya kepada wartawan dalam sidang media di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Advertisement

Tambah beliau lagi, sidang DUN Johor tetap perlu diadakan selewat-lewatnya pada bulan Mei depan.

“Bagaimanapun, saya kira perkara ini tidak berlanjutan sehingga bulan Mei. Saya rasa benda ini (situasi politik semasa) bergantung dengan singkat. Tetapi, bila Kerajaan Persekutuan ada ‘signal’ (isyarat) yang jelas, ia lebih mudah di peringkat negeri untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Ditanya sekiranya sidang DUN Johor masih gagal dilaksanakan disebabkan situasi politik yang masih belum stabil sebelum Mei ini, Suhaizan tidak menafikan akan berlaku pembubaran DUN Johor.

Advertisement

“Sidang DUN Johor tetap perlu diadakan, jika lebih tempoh penangguhannya, ia memang boleh pergi ke arah itu (bubar DUN Johor). Tetapi saya yakin, keadaan pergolakam politik semasa kini tidak berlarutan terlalu lama.

“Sebab di situ ada kuasa Tuanku Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor berkuasa untuk membubarkan DUN.

“Saya fikir kebijaksaan Tuanku akan melihat perkara ini dan Tuanku pasti tidak mahu melihat negeri Johor dalam keadaan yang tidak stabil. Kalau keadaan sampai lima hingga enam bulan, Tuanku berhak membuat sesuatu,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top