BM | EN | 中文

Sidang DUN Johor doakan kesihatan Osman Sapian

Osman-Sapian-1.jpg

Gambar Ehsan thestreetsmy.com

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 NOV: Pembentangan Belanjawan Johor 2022 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini dimulakan dengan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad mendoakan kesejahteraan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian yang diserang strok ringan, bulan lepas.

Hasni yang juga ADUN Benut mendoakan agar bekas Menteri Besar Johor itu cepat sembuh daripada sakit dialami.

“Kami diberitahu bahawa ADUN Kempas (Osman) tidak dapat hadir sebab masalah kesihatan. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau dan keluarga,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Hasni berkata demikian sebelum membentangkan belanjawan tersebut pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor Ke-14 hari ini.

Kesihatan Osman, 70, dilaporkan semakin baik meskipun masih dalam pemerhatian rapi dan kini ditempatkan di wad biasa di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).

Pada 13 Okt lepas, Osman yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini sebelum dipindahkan ke HPUPM selepas diserang strok ringan.

Advertisement

Osman dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018 dan memegang jawatan itu bagi tempoh 12 Mei 2018 hingga 8 April 2019.

Kesemua ADUN termasuk bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyddm Yassin yang juga ADUN Gambir hadir pada hari pertama persidangan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top