BM | EN | 中文

Sidang DUN Johor ditangguh lagi bagi penilaian risiko Covid-19

Dewan-Undangan-Negeri-Johor.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 24 OGOS: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baru berlangsung dua hari, sekali lagi ditangguhkan bermula hari ini untuk penilaian risiko Covid-19.

Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat ketika mengesahkan perkara itu berkata persidangan tersebut akan disambung semula pada 6 dan 7 Sept ini.

“Penangguhan itu adalah selaras dengan penilaian risiko semasa yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan ia ditangguhkan mengikut Peraturan Tetap Bilangan 7 (3) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Advertisement

Beliau berkata setakat ini, terdapat tiga kes positif Covid-19 dikenal pasti di persekitaran dewan berkenaan sejak 12 Ogos lepas, manakala dua orang didapati bergejala dan 39 sedang menjalani kuarantin.

Suhaizan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tiga individu yang didapati positif itu.

Semalam, seramai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN ke-14 itu atas faktor keselamatan dalam mengekang penularan Covid-19.

Advertisement

Sebelum ini, persidangan DUN yang dirasmikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 12 Ogos, ditangguhkan selama seminggu sebelum bersambung semula semalam susulan penilaian risiko Covid-19.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top