BM | EN | 中文

Sidang DUN Johor: 56 ADUN perlu jalani ujian RTK-Antigen setiap hari

suhaizan-kaiat.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OGOS: Kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor perlu menjalani ujian saringan Covid-19 Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) setiap hari sepanjang menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disambung semula pada 22 Ogos ini.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, langkah tersebut disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan Covid- 19 di bangunan sidang dewan.

“Setiap hari sebelum sidang bermula ujian RTK-Antigen akan dilaksanakan dahulu. Di dalam dewan juga sedang dipasang pemisah lut sinar.

Advertisement

“Kita bersedia memenuhi saranan KKM termasuk melakukan ujian saringan Covid-19 RTK-Antigen setiap hari ke atas kesemua 56 ADUN,” katanya, lapor Sinar Harian.

Suhaizan sebelum ini dilaporkan berkata, tiada perubahan persidangan DUN Johor dan tetap disambung mengikut jadual pada 22 Ogos ini meskipun berlaku keadaan ketidaktentuan politik terutama di peringkat pusat.

Pada 12 Ogos lalu, Suhaizan menangguhkan Mesyuarat Pertama Persidangan Keempat DUN Johor ke-14 setelah selesai dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bagi membolehkan penilaian berkaitan prosedur operasi standard (SOP) persidangan dilakukan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top