BM | EN | 中文

Sidang Dewan Rakyat dijangka dilanjut dua hari lagi

Rashid-Hasnon.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 5 DIS: Sesi Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan tamat pada 15 Disember ini dijangka ditambah dua hari lagi sekiranya sesi perbahasan Belanjawan 2021 berlanjutan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pindaan berkenaan selaras Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Beliau dilaporkan Harian Metro berkata, berdasarkan peraturan berkenaan, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari masa ke masa mengikut keperluan tertentu.

Advertisement

“Dijangka Persidangan Dewan Rakyat sebelum ini tamat pada 15 Disember dengan sesi perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa.

“Namun ia dijangka ditambah untuk pembentangan rang undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Kasih Prihatin Parlimen Batu Pahat, semalam.

Advertisement

Terdahulu, Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat menyerahkan bantuan kewangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mangsa banjir kilat dan mereka yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19 bernilai keseluruhan RM81,500.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top