BM | EN | 中文

Siasatan SPRM berkait pemerolehan kontrak KKM isu serius

suruhanjaya-pencegahan-rasuah-malaysia-SPRM.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 MEI: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM 30 juta adalah isu serius.

Pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata isu tersebut menjadikan integriti kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini tercalar.

“Ini adalah suatu perkara yang serius kerana reputasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menguruskan isu Covid-19 ini dicalarkan dengan isu dakwaan rasuah.

Advertisement

“Kerajaan seharusnya lebih peka kerana ia membabitkan kelengkapan Covid-19 yang seharusnya diberikan kepada mereka yang pakar.

“Pihak kerajaan harus membuat tindakan tidak memilih bulu dalam soal pemberian tender ini, ia bukan suatu perkara yang boleh dipandang mudah kerana membabitkan peralatan yang khusus atau ‘specialist’ untuk diberikan projek tersebut,” katanya.

Beliau turut menyatakan agar kerajaan tidak menjadikan alasan ‘tender darurat’ untuk membolehkan syarikat berkenaan mendapat projek tersebut.

Advertisement

Sementara itu Adun Perling, Cheo Yee How berkata dakwaan rasuah ini menyerlahkan tindakan sebenar kerajaan PN.

“Sebelum ini sewaktu Pakatan Harapan (PH) memerintah amalan yang kita lakukan adalah seperti tender terbuka yang mana ia berjalan secara telus serta tender akan diberikan kepada mereka yang mahir dalam projek tersebut.

“Mengambil pengalaman dalam urusan seperti pembersihan Sungai Kim Kim, kita mengalami suatu musibah yang menggemparkan negara.

Advertisement

“Namun kerajaan PH berjaya menyelesaikan perkara itu dengan baik serta memberikan projek pembersihan sungai kepada mereka yang pakar.

“Di bawah kerajaan PH amalan tender terbuka adalah bukti bahawa kita menjaga integriti.

“Dalam kes ini, saya merasakan sangat tidak patut kerana ketika negara ditimpa musibah terdapat golongan yang cuba mengambil kesempatan,” ujarnya.

Advertisement

Difahamkan syarikat yang kini disiasat SPRM merupakan pemaju hartanah yang mendapat kontrak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan dan pembekalan ‘Personal Protective Equipment (PPE)’ untuk Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top