BM | EN | 中文

Siasat maklumat, bukan siasat pemberi maklumat – MP Johor Bahru

akmal_nasir_ahli-parlimen-johor-bahru.jpg

Akmal Nasir (Gambar Ehsan Malay Mail)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir menggesa polis menyiasat premis perjudian dan rokok seludup yang dibangkitkan seorang pengguna laman sosial dan bukannya menyiasat pemberi maklumat berkenaan.

Beliau turut menggesa supaya Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dikaji semula dan ditambah baik bagi melindungi pemberi maklumat kerana terdapat kelompongan dalam akta itu.

Sebelum ini, tular satu video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun ‘Asri Janggut’.

Advertisement

Asri mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh dekat sini.

“Merujuk kepada penularan video yang disiarkan di Facebook ‘Hot Burger Malaysia’ oleh pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’ mengenai premis judi dan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, saya menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menumpukan kepada isu atau perkara yang dibangkitkan, bukan menyiasat pemberi maklumat.

“Berdasarkan kenyataan PDRM ‘Asri Janggut’ kini akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Advertisement

“Tindakan sedemikian jika tidak diurus dengan baik boleh menghakis kredibiliti pihak berkuasa, mengurangkan keyakinan orang ramai untuk berkongsi maklumat kepada PDRM serta menghukum pemberi maklumat, sedangkan penjenayah sebenar masih bebas dengan kegiatan haram,” kata Akmal dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah beliau segala perkongsian yang dibuat oleh ‘Asri Janggut’ sekiranya tidak dipersetujui boleh dijawab secara terbuka.

“Malah, pendedahan yang dibuat beliau hanyalah melalui Facebook sedangkan pihak berkuasa mempunyai akses kepada media massa.

Advertisement

“Pengakuan beliau bahawa aduan mengenai premis judi haram dan rokok seludup pernah dibuat kepada PDRM tetapi maklumat pemberi maklumat bocor perlu disiasat dengan secara menyeluruh.

“Tindakan beliau berkongsi maklumat secara online dilihat jalan terakhir untuk mengetengahkan masalah untuk tindakan daripada pihak berwajib,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top