BM | EN | 中文

Siasat dakwaan Idris Haron antara langkah pulih imej SPRM

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 24 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak mengambil serius dakwaan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Idris Haron berhubung isu royalti pasir di negeri itu.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, SPRM perlu bertindak segera.

“SPRM perlu bertindak segera dengan membuka kertas siasatan terhadap dakwaan Datuk Seri Idris Haron yang mengatakan terdapat isu penyelewengan projek termasuk penipuan terhadap kerajaan persekutuan berhubung royalti pasir.

Advertisement

“Kenyataan ini dikeluarkan beberapa kali oleh beliau dan ini merupakan dakwaan yang jelas mempunyai asas kerana ia datang daripada seorang bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dengan disokong oleh tiga lagi bekas Adun.

“Pemuda Amanah berpandangan apa yang diperkatakan Datuk Seri Idris Haron sesuatu yang serius dan mempunyai unsur jenayah sekiranya ia benar dan siasatan wajar dimulakan segera.

“Bagi memulihkan imej SPRM yang tercalar dengan beberapa isu sebelum ini, adalah wajar untuk SPRM kembali memberi perhatian dan menyiasat dakwaan-dakwaan yang mempunyai kepentingan awam,” tulisnya.

Advertisement

Sebelum ini SPRM dilapokan mendapatkan maklumat lanjut daripada bekas ketua menteri Datuk Seri Idris Haron berhubung dakwaan berlaku penyelewengan projek di negeri itu.

SPRM dalam satu kenyataan meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu supaya tampil mengemukakan bukti kepada SPRM.

Idris sebelum ini mempertahankan tindakannya menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka bagi menyelamatkan UMNO daripada ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Advertisement

Menjelaskan tindakannya, kata Idris dia tidak boleh lagi menyokong kerajaan yang diterajui BN bersama gabungan Perikatan Nasional (PN) itu yang dilihatnya “penuh dengan kemungkaran.”

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top