PONTIAN, 27 OKT: Tonton siaran langsung majlis memperkenalkan calon Pakatan Harapan yang akan disiarkan di laman Facebook Johorkini esok.
Majlis bagi memperkenalkan calon tersebut akan diadakan disiarkan langsung dari Dewan Hai Kee, Jalan Johor, Batu 34, Pontian pada jam 1.55 petang esok.
Pada program sama, suatu majlis pelancaran jentera PRK P165 Tanjung Piai akan turut diadakan.
Pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November depan manakala penamaan calon adalah pada 2 November 2019
Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi Parlimen tersebut selepas penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik, 42 tahun, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunua di Hospital Pontian, pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.
Allahyarham, yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti 524 undi selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).
Johorkini