BM | EN | 中文

SIARAN LANGSUNG DUN JOHOR ANTARA 5 RESOLUSI BAHARU BAKAL DIPERKENALKAN

suhaizan-kaiat.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 9 SEPT: Bengkel Memperkasa Dewan Negeri Johor selama dua hari yang berakhir hari ini menggariskan lima resolusi yang akan dibawa untuk kelulusan pentadbiran kerajaan negeri.

Speaker Dewan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat berkata resolusi tersebut dicapai bagi terus memperkasakan sidang DUN Johor dalam era Malaysia Baharu.

Menurutnya, resolusi pertama yang dicadangkan ialah pengstrukturan semula DUN Johor supaya ia dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih berkesan, termasuk merancang, melaksanakan dan menilai fungsinya dengan sumber kewangan yang mencukupi.

Advertisement

“Cadangan kedua pula ialah mewujudkan lebih banyak jawatankuasa pilihan, selari dengan Recommended Bencmarks for Democratic Legislators, Commonwealth Parlimentary Association (CPA), sejajar dengan aspirasi Janji 16, Buku Harapan: Mengembalikan Institusi Parlimen”

“Resolusi seterusnya ialah meningkatkan peruntukan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bersama rakyat.

“Kita juga mencapai ketetapan bagi menambah baik mutu perbahasan DUN Johor dengan menggugurkan Perintah-Perintah Tetap, Artikel 45 (ii) ‘Tidak boleh disampuk”,” katanya, yang menjelaskan ianya bertujuan supaya perbahasan dalam DUN Johor lebih dinamik.

Advertisement

“Resolusi terakhir ialah menjadikan DUN Johor mesra rakyat dan inklusif dengan melaksanakan live-streaming setiap kali Dewan bersidang dan menyediakan kemudahan permohonan melawat sidang DUN secara walk-in dan permohonan di atas talian”.

Suhaizan berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Perasmian Penutup Bengkel Memperkasa Dewan Negeri Johor di Fraser Place, Puteri Harbour, di sini.

 

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top