BM | EN | 中文

SIAPA KATA TAK BOLEH JUAL SAWIT

IMG-20191112-WA0049.jpg
Advertisement

 

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 12 NOV : Menteri Industri Utama, Teresa Kok menafikan dakwaan bahawa China dan India tidak mahu membeli sawit Malaysia seperti yang dimainkan pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Advertisement

Sebaliknya, menurut Teresa, berlaku peningkatan eksport sawit ke dua negara terbabit berbanding tahun lalu.

“Saya lihat ada sepanduk (oleh pembangkang) dalam bahasa Cina kata India dan China tak nak beli sawit dan kita tak boleh jual sawit. Siapa kata? Saya ada bukti, ini jawapan Parlimen saya.

“Dari Januari hingga September, eksport kita ke China naik 24 peratus berbanding tahun lepas, manakala eskport ke India dari Januari hingga September naik 98.2 peratus. Sebab itu kita boleh eksport banyak dan naikkan harga minyak sawit kita.

Advertisement

“Ini adalah fakta dan saya nak beritahu anda semua supaya ada gambaran jelas bila orang tanya,” katanya ketika berucap di program perjumpaan bersama pekebun kecil sawit di Pekan Nanas di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kepada 10 orang pekebun kecil sawit di daerah Pontian yang telah berdaftar.

Advertisement

Ditemui wartawan selepas itu, Teresa menjelaskan, pemberian Sijil MSPO beserta set Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) bukanlah rasuah atau untuk memancing undi sempena kempen PRK.

“Pemberian ini tidak ada kaitan dengan PRK kerana semua yang dapat sijil MSPO akan dapat PPE. Ini adalah salah satu keperluan dalam syarat kita.

“Kalau nak pancing undi, saya akan tempah 1,000 set PPE dan edarkan kepada semua termasuk yang tak ada sijil MSPO. Itu baru dipanggil rasuah dan pancing undi,” katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top