BM | EN | 中文

Shu Qi usaha dana tambahan daripada kerajaan untuk bina masjid Taman Seri Impian, Kluang

Shu-Qi-usaha-dana-tambahan-daripada-kerajaan-untuk-bina-masjid-Taman-Seri-Impian-Kluang.jpg

Gambar Ehsan FB Wong Shu Qi

KLUANG, 4 NOV: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi akan mengusahakan dana tambahan daripada kerajaan bagi pembinaan masjid Taman Seri Impian, di sini.

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan telah melawat tapak cadangan dan menerima penerangan daripada pengerusi jawatankuasa bertindak pembinaan masjid tersebut, Zambri Abdullah dan berjumpa dengan ahli jawatankuasa yang lain.

Gambar Ehsan FB Wong Shu Qi

“Saya telah dimaklumkan bahawa penduduk di Taman Seri Impian ini telah melebihi 10,000 orang tetapi masih tiada masjid untuk penduduk setempat.

“Cadangan bagi pembinaan masjid ini menelan kos sehingga RM7 juta. Sehingga kini, jumlah kutipan telah pun mencecah RM 1.5 juta.

“Tapak masjid yang telah digazetkan ini juga amat luas.

“Pihak jawatankuasa menjelaskan bahawa masjid yang bakal dibina ini bakal menjadi mercu tanda baru bagi penduduk Kluang kerana panorama yang cantik dan kedudukan Taman Seri Impian yang bakal menjadi bandar baru untuk kawasan Kluang.

“Saya turut bersetuju untuk membawa cadangan pembinaan masjid ini ke parlimen bagi mendapatkan dana tambahan daripada pihak kerajaan,” kata Shu Qi dalam kenyataan.

Beliau turut menyeru kepada mana-mana pihak yang ingin menyumbang, kepada akaun tabung pembinaan masjid melalui maklumat ahli jawatankuasa masjid tersebut.

“Saya berharap pembinaan masjid ini dapat direalisasikan secepat mungkin bagi kemudahan penduduk setempat,” ujarya lagi.

Terdahulu, Shu Qi menyerahkan sumbangan daripada pejabat parlimen Kluang kepada pihak jawatankuasa.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top