BM | EN | 中文

Shu Qi serah sumbangan kepada dua rumah anak yatim di Kluang

Shu-Qi-serah-sumbangan-kepada-dua-rumah-anak-yatim-di-Kluang.jpg

Gambar Ehsan FB Wong Shu Qi

Advertisement

KLUANG, 21 OKT: Lanjutan dari pandemik Covid-19 yang melanda negara selain masalah ekonomi, beberapa rumah anak yatim di daerah ini yang bergantung kepada derma orang ramai turut terjejas.

Susulan itu, ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan kewangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Damo Kluang dan Rumah Kanak-kanak Agape Shelter dalam lawatannya baru-baru ini.

“Selain makanan, minuman, pakaian dan keperluan harian, mereka juga perlu merancang untuk anak-anak yang berhasrat menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.

Advertisement

“Ia telah menjadi salah satu tanggungan yang berat bagi pihak pengusaha rumah tersebut untuk mencari sumber kewangan.

“Mereka tidak mahu anak-anak yang tinggal sana melepaskan peluang dan harapan hanya kerana masalah kewangan.

“Sebagai wakil rakyat Kluang, saya juga akan mencari satu penyelesaian supaya anak-anak kita terus kejar impian mereka,” kata Shu Qi dalam satu hantarannya di laman Facebook.

Advertisement

Dalam perkembangan sama, Shu Qi memaklumkan, pusat khidmat parlimen Kluang turut menyalurkan bantuan dari segi kewangan kepada pelajar-pelajar di daerah ini.

“Baru-baru ini, ramai anak muda telah mula menerima tawaran kemasukan ke universiti.

“Ini merupakan perkara yang amat bagus kerana semakin ramai anak muda kita yang menyambung pelajara mereka, semakin mudah perjalanan Malaysia untuk menuju ke arah kemajuan yang kita semua inginkan.

Advertisement

“Pendidikan merupakan perkara yang paling penting bagi anak muda kita. Ianya cahaya dalam kehidupan anak-anak kita dan ia akan membimbing mereka dengan baik.

“Kita perlu sentiasa menitikberatkan tentang pelajaran mereka kerana merekalah pintu untuk masa depan yang cerah dan harapan negara untuk berdiri megah di persada dunia,” kata Shu Qi.

Beliau turut berharap agar anak-anak Kluang dapat terus berusaha belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan dalam apa sahaja bidang yang mereka impikan.

Advertisement

“Semoga mereka semua menjadi anak Malaysia yang sudi untuk berbakti kepada bangsa dan negara, dan menjadi contoh baik dalam masyarakat untuk generasi akan datang,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top