BM | EN | 中文

Shu Qi peruntuk RM195,500 kepada 19 sekolah di parlimen Kluang sejak Okt 2021

wong-shu-qi-pendidikan-kluang.png
Advertisement

KLUANG, 17 NOV: Pendidikan ialah harapan untuk membina generasi masa hadapan, kata ahli parlimen Kluang Wong Shu Qi.

Justeru itu kata Shu Qi, beliau tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan bantuan kepada sekolah yang memerlukan.

“Saya telah memperuntukkan sejumlah RM195,500 kepada 19 buah sekolah di kawasan Parlimen Kluang sejak Oktober tahun ini.

Advertisement

“Enam daripada 19 buah sekolah itu ialah sekolah menengah.

“Ramai cikgu memberitahu saya bahawa kemudahan sekolah perlu dinaiktaraf segera selepas dua tahun dalam pandemik.

“Cara mengajar telahpun banyak berubah selepas kelas online diadakan sepanjang setahun.

Advertisement

“Fokus sekarang adalah lebih cenderung kepada menggalakkan pelajar untuk mencari ilmu sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sesi pelajaran dalam bilik darjah,” kata Shu Qi dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Dalam pada itu kata Shu Qi, beliau turut terharu apabila mendengar cadangan para guru untuk menambahbaik kaedah pembelajaran bagi menarik perhatian para pelajar.

“Mereka benar-benar cuba sedaya-upaya supaya tiada seorang pun murid yang tertinggal di belakang.

Advertisement

“Oleh itu, saya sebagai wakil rakyat setempat juga akan membantu sedaya saya supaya tiada pelajar di Kluang yang tercicir atas sebab kekurangan sumber kewangan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top