BM | EN | 中文

Shu Qi minta kerajaan kemaskini perkembangan kerja naiktaraf jalan Persekutuan FT50 Batu Pahat – Kluang

wong-shu-qi-mp-kluang.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi meminta kerajaan menjelaskan perkembangan kerja-kerja naiktaraf jalan Persekutuan FT50 Batu Pahat – Kluang.

Shu Qi dalam pada perbahasan di Dewan Rakyat berkata, jajaran jalan tersebut mengalami kerosakan dan perlu dibaikpulih bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Saya juga ingin tahu apa yang telah berlaku kepada projek naik taraf. FT50 yang telah diperuntukkan dalam belanjawan 2020?

Advertisement

“Adakah kerajaan akan menangguhkan projek ini atau ianya akan diteruskan dalam RMK-12 memandangkan sehingga kini tiada sebarang kerja dimulakan di sana.

“Jalan raya ini adalah salah satu jalan yang perlu dinaiktaraf segera untuk menyelamatkan nyawa.

“Perlukah saya mengingkatkan para menteri bahawa bukan sahaja Covid-19 boleh meragut tapi infrastruktur jalan yang tidak baik juga boleh membawa kemalangan maut.

Advertisement

“Minta menteri-menteri berkenaan untuk mengambil tindakan segera. Jangan sampai lebih banyak kemalangan dan kematian berlaku di sana,” kata Shu Qi dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan lain, pejabat parlimen Kluang dengan kerjasama Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit telah mengagihkan kit ujian kendiri Covid-19 kepada penjaja Pasar Awam, baru-baru ini.

Program itu bertujuan menggalakkan penjaja menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 supaya tahap kesihatan dan keselamatan mereka diperiksa sentiasa.

Advertisement

“Kesihatan dan keselamatan mereka sangatlah penting untuk dijaga kerana tidak seperti orang yang bekerja dari rumah, mereka sentiasa perlu berhadapan dengan pelanggan yang mengunjungi Pasar Awam.

“Apabila hari itu berakhir, mereka akan pulang ke rumah untuk bersama keluarga mereka yang turut terdedah kepada virus Covid-19 ini.

“Kami berharap usaha ini dapat meringankan beban penjaja yang terkesan akibat pandemik ini dan juga mengurangkan kes positif di Kluang,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top