BM | EN | 中文

SHMMP: 84 peniaga di Johor dikenakan tindakan kompaun

ADUN-Pemanis-Dr-Chong-Fat-Full.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 MEI: Seramai 84 peniaga di negeri ini dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM11,550 kerana gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 yang dikuatkuasakan sejak 21 April lepas.

Exco Hal Ehwal Pengguna negeri Dr Chong Fat Full berkata sebanyak 57 kes daripadanya didapati gagal meletakkan tanda harga, 16 kes menjual melebihi harga kawalan dan 11 kes gagal meletakkan tanda harga berwama merah jambu bagi barangan harga terkawal.

Beliau berkata pemberian kompaun itu hasil pemeriksaan ke atas 5,900 premis di seluruh negeri meliputi 5,707 peruncit, 63 pemborong dan 40 pengeluar melalui Ops Pantau.

Advertisement

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor menasihatkan peniaga agar mematuhi arahan SHMMP dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Exco Kesihatan negeri R.Vidyananthan memberitahu jumlah katil di wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pesakit COVID-19 di semua hospital kerajaan negeri ini masih boleh ditambah dari semasa ke semasa, mengikut kesesuaian.

Menurut beliau, buat masa ini jumlah yang dikhususkan untuk pesakit itu di wad adalah sebanyak 827 katil manakala 58 katil di ICU.

Advertisement

“Sebanyak 15 hospital swasta di Johor juga membantu dalam memberi perawatan pesakit COVID-19 dengan menyediakan keseluruhan 119 katil di wad dan 12 katil di ICU, yang mana kapasiti penggunaan semalam adalah sebanyak 42 peratus di wad dan 25 peratus di ICU,” katanya.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top