BM | EN | 中文

SHMMP: 42 peniaga di Johor kena kompaun

SHMMP-42-peniaga-di-Johor-kena-kompaun.png

Gambar Ehsan NSTP

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 MEI: Seramai 42 peniaga di negeri ini dikompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, sejak pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), minggu lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro, berkata semua peniaga berkenaan dikompaun kerana menjual barangan keperluan melebihi harga kawalan selain tidak meletakkan tanda harga.

“Sebanyak 33 kes daripada kompaun itu adalah kerana kesalahan tidak meletakkan tanda harga kepada barangan yang dipamer untuk jualan manakala sembilan lagi kes akibat menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan.

Advertisement

“Sejak pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) minggu lalu, KPDNHEP Johor melakukan sebanyak 1,226 pemeriksaan membabitkan 1,201 pemeriksaan di peringkat peruncit dan 25 pemeriksaan di peringkat pemborong,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Terdahulu, Mohd Hairul dilaporkan Berita Harian turut meninjau 150 premis perniagaan di Pasar Awam Larkin membabitkan penjual ayam, ikan, daging, sayuran dan kedai runcit bagi memastikan harga barangan kawalan dijual mengikut SHMMP.

Mengulas lanjut, Mohd Hairul berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi SHMMP. KPDNHEP akan memperhebatkan pemantauan di seluruh negeri ini bagi mengelakkan peniaga memanipulasi harga dan menganiaya pengguna.

Advertisement

“Mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum membabitkan individu; boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun hingga RM50,000.

“Syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh didenda maksimum RM500,000 atau dikompaun hingga RM250,000.

“Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal pula individu; boleh didenda hingga RM10,000 atau dikompaun hingga RM5,000.

Advertisement

“Syarikat yang tidak meletak tanda harga barang kawalan boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000,” katanya sambil menambah peniaga di negeri ini dinasihatkan untuk tidak melakukan kesalahan berikutan pemantauan akan terus diperhebatkan menjelang Aidilfitri ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top