BM | EN | 中文

SHEIKH UMAR-“TIDAK MUSTAHIL MENANG”

sheikh-umar-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 OKT : Ketua Pemuda DAP negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali menegaskan tidak mustahil Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Menurutnya, berikutan itu, PH perlu meletakkan strategi yang betul untuk memastikan kerusi itu kekal milik PH.

“Bukan mudah untuk PRK Tanjung Piai, tetapi kita boleh berusaha kuat untuk memastikan kemenangan.

Advertisement

“Oleh itu, strategi yang betul perlu diletakkan dan tidak mustahil kemenangan akan diperoleh,” katanya ketika ditanya tentang PRK Tanjung Piai yang bakal berlangsung bulan depan.

Ditanya tentang gerak kerja DAP, Sheikh Umar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri berkata, pihaknya bergerak seiring dengan parti komponen yang lain dalam PH.

“Kita dalam PH, semua pemuda dan wanita semua berkerja bersama-sama akan bekerja keras kerana kita semua memberikan fokus untuk PRK ini dan kita akan buat sehabis baik,” katanya yang memberitahu gerak kerja telah dimulakan sejak kerusi itu dikosongkan.

Advertisement

Beliau juga menyifatkan pelbagai faktor termasuk faktor calon boleh menentukan kemenangan pada PRK kawasan itu.

“Banyak faktor seperti pengundi luar, Chinese voters yang juga kuat significantnya jadi ini antara yang perlu di ambil kira,” katanya.

Dalam pada itu, Adun Paloh itu mahu DAP perlu lebih fokus terhadap isu teras melibatkan pembangunan ekonomi negara berbanding isu komik yang bertajuk Inisiatif Jalur dan Jalan-Meraih Manfaat Bersama yang diedarkan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di negara ini.

Advertisement

“Dalam isu yang berlaku ini ia tidak melibatkan ahli parti sebenarnya, jadi di peringkat saya sendiri sebagai ketua pemuda DAP Johor kita melihat DAP perlu fokus kepada isu-isu teras melibatkan isu-isu pembangunan ekonomi negara.

“Ini kerana kita tidak boleh lari dari perjuangan kita iaitu untuk mengembalikan Malaysia di landasan yang betul terutama selepas kita mengalami pelbagai krisis ekonomi dalam sesi pentadbiran kerajaan lama,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau ditemui ketika mengadakan lawatan kerja ke hab belia di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini, hari ini.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top