BM | EN | 中文

Sheikh Umar sedia makanan untuk guru, petugas program vaksinasi pelajar SMK Paloh

Sheikh-Umar-sedia-makanan-untuk-guru-petugas-hadapan-vaksinasi-pelajar-SMK-Paloh.jpg
Advertisement

KLUANG, 1 OKT: Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali menyalurkan bantuan makanan kepada para petugas barisan hadapan sempena program suntikan dos vaksin kepada para remaja dan pelajar SMK Paloh.

Sheikh Umar dalam satu kenyatannya berkata, bantuan makanan yang dihulurkan itu agar dapat mengalas perut para petugas barisan hadapan, pelajar dan remaja yang mengambil dos vaksin.

“Hari ini bermulalah pemberian suntikan vaksin dos pertama untuk remaja dan pelajar. Paloh antara yang terawal.

Advertisement

“Hampir 100 bungkus juadah makan petang kami sediakan buat para petugas frontliners di SMK #PalohKita hari ni. Ini termasuklah juga untuk para guru yang bertugas.

“Terima kasih semua yang membantu menjayakan misi ini,” kata Sheikh Umar.

Tambah beliau, melalui program ini, ia mengeratkan lagi hubungan antara pusat khidmat DUN Paloh dan memberi keyakinan kepada para remaja dan pelajar untuk menhgambil vaksin.

Advertisement

“Buat adik-adik yang dah selesai terima dos pertama hari ni, saya doakan anda semua kekal sihat.

“Tiada apa-apa kesan sampingan yang serius. Kalau ada pening-pening atau demam-demam sikit, itu biasa ya,” katanya lgi.

Dalam perkembangan sama, Sheikh Umar memaklumkan, pihaknya turut menyampaikan bantuan kepada penduduk DUN Paloh dekat Kampung Jaya.

Advertisement

“Anda susah dan memerlukan bantuan bakul makanan? Insya Allah barang sampai.

“Demi warga Paloh kita, apa saja untuk anda semua. Insya Allah,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top