BM | EN | 中文

Sheikh Umar rakam takziah atas kehilangan Muhammad Ata, atlet angkat berat OKU

atlet-OKU.jpg

Muhammad Ata yang merupakan atlet angkat berat kategori orang kurang upaya (OKU) maut akibat melecur 80 peratus tubuhnya apabila kediamannya di Pagoh, Muar terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 JAN : Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali mengucapkan takziah atas pemergian Muhammad Ata Maarof.

Allahyarham Muhammad Ata, 28 merupakan atlet angkat berat kategori orang kurang upaya (OKU) maut akibat melecur 80 peratus tubuhnya apabila kediamannya di Pagoh, Muar terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Menurut Sheikh Umar, pemergian Allahyarham Muhammad Ata merupakan satu kehilangan besar buat arena sukan PARA negara apatah lagi di Johor sendiri.

Advertisement

“Takziah saya ucapkan buat keluarga arwah. Arwah adalah pemenang pingat gangsa mewakili negeri ini dalam PARA Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 pada tahun 2018 yang lalu.

“Pada ketika ini saya berada di luar negara atas urusan rasmi dan dijadualkan pulang pada 7hb Januari 2020 nanti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Tambah Adun Paloh itu lagi, beliau telah menghubungi dan memaklumkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) serta pihak kerajaan negeri umumnya berkaitan khabar duka ini.

Advertisement

“Saya akan melawat keluarga arwah segera sekembali ke tanah air nanti. Bersama kita doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama para solehin.

“Jasa dan sumbangan arwah akan sentiasa kita kenang dan semoga ianya dihitung sebagai kebajikan dalam timbangan amal buat arwah di negeri abadi,” katanya lagi.

Difahamkan Allahyarham Muhammad Ata gagal menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku kira-kira jam 11.45 pagi di bahagian dapur rumahnya.

Advertisement

Allahyarham yang bekerja di Kuala Lumpur pulang bercuti ke rumah ibunya dan ketika kejadian dia seorang diri berikutan ibunya dikatakan keluar ke kedai.

Dalam pada itu, Personaliti terkenal tanah air, Ras Adiba Radzi dalam Facebook peribadinya turut memuat naik status berkongsi kesedihan dengan pemergian Allahyarham Muhammad Ata dalam kejadian tersebut.

“Hati kami luruh hancur berkecai. Salah seorang ahli OKU Sentral, Ata Maarof, telah kembali ke rahmatullah.

Advertisement

“Ata terperangkap di dalam rumahnya yang terbakar di Johor Baru. Pohon titipkan doa buat sahabat seperjuangan kita ini,” tulis Ras Adiba lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top