BM | EN | 中文

Sheikh Umar bentang kad laporan Exco

IMG-20200110-WA0009.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JAN: Meskipun hanya memegang portfolio Belia dan Sukan negeri Johor selama lapan bulan, Sheikh Umar Bagharib Ali berjaya membentangkan kad laporan berkaitan agensi yang disandangnya bagi perjalanan program tahun 2019.

Katanya, antara pencapaian berhubung pembangunan belia ialah 125 program dilaksanakan di setiap daerah di Johor, dengan peningkatan 25.5 peratus penyertaan belia berbanding tahun 2018.

“Pembangunan belia Johor bagi tahun 2019 tertumpu kepada peningkatan keupayaan dalam bidang ekonomi, keusahawanan, teknologi, kreativiti dan kepimpinan dalam masyarakat.

Advertisement

“Secara keseluruhan, seramai 27,730 belia telah menyertai dan mendapat manfaat daripada program ini,” laporan tersebut dipetik.

Manakala pada segmen sukan, bagi persediaan Sukma ke-20 yang telah memasuki fasa akhir dengan persiapan meliputi pembangunan infrastruktur, venue sukan, fasiliti, latihan atlet serta penganjuran yang kini sedang rancak dijalankan.

Menurut kad laporan itu lagi, seramai 7,249 sukarelawan Sukma, dengan tambahan 3,302 sukarelawan bagi Para Sukma telah berdaftar.

Advertisement

Manakala pembinaan serta kerja naiktaraf venue sukan kini mencapai kadar 80 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang April 2020.

Sementara itu bagi segmen Pembangunan Usahawan, sekitar 80,000 orang telah mengunjungi acara berkaitan sepanjang 2019 dengan 2,829 usahawan menyertai program dibawah kluster Usahawan Mikro Industri Kecil dan Sederhana.

“Dianggarkan sejumlah RM9.491 juta bagi hasil padanan telah dicapai menerusi program ‘business matching’ sepanjang 2019.

Advertisement

“Hampir 2,000 permohonan telah diterima bagi insentif Geran Orang Lokal (GOL) bertujuan mendapatkan bantuan khas pembelian alat kelengkapan atau peralatan kepada para usahawan,” menurut laporan itu lagi.

Dalam pada itu bagi sektor koperasi, kerajaan negeri mengupayakan gerakan koperasi lokal antaranya melalui peruntukan RM1 juta menerusi program Koperasi Komuniti Johor yang memfokuskan kepada keusahawanan sosial.

“Sebanyak 16 buah koperasi telah mendapat manfaat menerusi inisiatif ini dengan melibatkan tiga kulster iaitu usahawan koperasi mikro, kecil dan sederhana,” tambahnya.

Advertisement

Kerajaan Johor juga turut menyalurkan sejumlah RM200,000 kepada koperasi sekolah menerusi pogram Azam Usahawan Muda bertujuan menggalakkan keusahawanan koperasi di kalangan pelajar.

“Hasil usaha ini, Koperasi MRSM Batu Pahat telah berjaya menduduki tempat ketiga Anugerah Projek Terbaik dalam Konvensyen Young Entrepreneur Strive for Success (YESS) 2019 peringkat kebangsaan,” kata laporan itu lagi.

Sheikh Umar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua agensi di bawah portfolio tersebut termasuk Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor, Sports Johor, Sekretariat Sukma, Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’​ Onn (IKHLAS), Pusat Pembangunan Belia Johor (Joydec) dan semua agensi negeri dan pusat dalam melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

Advertisement

Beliau yang juga Adun Paloh berkata, dengan lahirnya laporan tahunan itu akan menjadi rujukan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan meningkatkan lagi pencapaian kerajaan negeri khususnya dalam portfolio tersebut di masa hadapan.

Terkini, Sheikh Umar memegang portfolio Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sains dan Teknologi dalam rombakan yang dibuat pada 8 Januari lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top