BM | EN | 中文

Shari Mokhsin, bapa kepada MB Selangor meninggal dunia

takziah.jpg
Advertisement

PONTIAN, 21 SEPT: Bapa kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari iaitu Shari Mokhsin meninggal dunia petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Amirudin melalui media sosialnya petang tadi dengan memaklumkan bahawa bapanya meninggal dunia pada jam 5.30 petang.

“Dukacitanya dimaklumkan bahawa Shari bin Mokhsin, ayah saya telah kembali ke rahmatullah petang tadi disebabkan komplikasi pernafasan.

Advertisement

“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian esok pagi, Rabu 22 September.

“Mohon kepada rakan-rakan semua mendoakan agar urusan terakhir Allahyarham dipermudahkan, moga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan diterima segala amal kebaikannya. Al-Fatihah,” tulis Amirudin.

“Komunikasi terakhir dengan abah jam 1.27 pm tadi melalui WhatsApp, jam 5:30 pm dapat berita abah meninggal dunia.

Advertisement

Gambar Ehsan FB Amirudin Shari

“Sejak kanak-kanak selalu saya terfikir bagaimana harus saya lalui bila orang yang hampir dan rapat meninggal dunia, terimalah takdir bahawa mati itu pasti bagi yang hidup,” katanya lagi.

Pada laman Facebook Amirudin, beliau turut memuatnaik gambarnya bersama Allahyarham bapa, ibu dan adik-beradiknya ketika hari beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top