BM | EN | 中文

Shahrir Samad “cabar” BERSATU tarik sokongan kepada MB Johor

Shahrir-Samad-umno.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 NOV: Ketua UMNO bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad “mencabar” Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Cabaran Shahrir dibuat kepada Bersatu untuk menarik sokongan mereka kepada Menteri Besar Johor selepas isu pertembungan di antara kedua-dua parti disentuh Muhyiddin Yassin semalam.

“Nak tarik sokongan supaya ada juga PRN Johor? Silalah. UMNO Johor tetap bersedia,” kata Shahrir dalam satu hantaran di Facebook.

Advertisement

Shahrir mengulas kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Mahiadin Yasin yang berkata, atas sifat prihatinnya kerajaan negeri Johor kepimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak ditumbangkan.

Muhyiddin ketika menyampaikan ceramah di Pentas PRN Melaka PN yang disiarkan secara maya malam tadi berkata, jika satu atau dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PPBM tarik sokongan dari kerajaan Johor sekarang, sudah boleh diadakan PRN Johor.

Shahrir dilaporkan Umno Online berkata, sebelum membicarakan mengenai PRN, soalnya mengapa pemimpin UMNO yang menjadi Menteri Besar (MB) Johor sekarang ini.

Advertisement

“Jawapannya mudah. Kerana sudah dua pemimpin PPBM yang pegang jawatan itu sebelum terpaksa dilantik Datuk Hasni (Mohammad) sebagai MB. Iaitu MB Johor ketiga selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum 14).

“Kalau ada yang layak di kalangan ADUN PPBM, tentu tidak terlepas jawatan itu kepada UMNO/BN,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top