BM | EN | 中文

Shafie Apdal menang di DUN Senallang

shafie-apdal.jpg

PAPAR, 19 Sep -- Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyampaikan ucapan pada majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah resort hari ini.?-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA??

Advertisement

KOTA KINABALU, 26 SEPT: Ketua menteri sementara Sabah, dilaporkan menang Mohd Shafie Apdal di DUN Senallang

Difahamkan, parti diterajui Shafie, Warisan mengekalkan penguasaan di semua tiga kerusi DUN di kawasan parlimen Semporna.

Warisan juga hanya kalah di tiga dari 32 saluran mengundi.

Advertisement

Malayskaini melaporkan, Shafie turut mengarahkan calon Warisan Plus berkumpul di suatu ‘lokasi rahsia’ malam ini

Seorang calon Warisan Plus memberitahu ketua menteri sementara Shafie Apdal telah mengarahkan semua calon gabungan itu untuk berkumpul di satu ‘lokasi rahsia’ pada jam 8 malam ini.

“Kami mungkin tidak dapat pulang ke rumah malam ini. Saya sudah kemas barang saya untuk satu malam,” kata seorang calon yang enggan dinamakan.

Advertisement

“Kami perlu menunggu sehinggalah keadaan menjadi stabil.

“Pertarungan masih lagi 50:50 khususnya di kerusi Kadazan Dusun Murut,” katanya.

Bagaimanapun, calon itu enggan memberitahu tempat berkumpul pada malam ini.

Advertisement

Warisan Plus dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) setakat ini enggan mendedahkan keberadaan para pemimpin dan bilik gerakan strategi parti.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top