BM | EN | 中文

Setuju bubar DUN Melaka, adakan pilihanraya negeri – Khaled Nordin

khaled_nordin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 OKT: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersetuju agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan dan satu pilihanraya negeri (PRN) diadakan bagi memilih kerajaan negeri yang baru.

Khaled berkata, rakyat Melaka perlu diberikan kesempatan untuk memilih wakil rakyat mereka yang sewajarnya.

“Wajar untuk rakyat diberikan kesempatan memilih siapa yang selayaknya mewakili mereka dan seterusnya menentukan calon yang sebaiknya memimpin Melaka.

Advertisement

“Kadar vaksinasi yang hampir menyeluruh di seluruh negara sudah membolehkan suatu pilihanraya diadakan segera.

“Tiada alasan lagi untuk menunda proses demokrasi apabila mandat rakyat terus dibelakangkan oleh beberapa ADUN yang berkepentingan.

“Krisis politik di Melaka menunjukkan betapa undang-undang untuk membataskan lompatan parti dan mengadakan pilihanraya pecat sangat diperlukan di negara ini,” kata Khaled dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Khaled menyokong kenyataan presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya PRN Melaka diadakan bagi memberi semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan bagi negeri itu.

Semalam, bekas Ketua Menteri yang juga Adun Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron bersama Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; Adun Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dan Adun Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad mengesahkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, berkuatkuasa serta merta.

Susulan itu kerajaan Perikatan Nasional Melaka telah tumbang selepas kehilangan majoriti di dalam DUN.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top