BM | EN | 中文

“Setiausaha kampung di Johor pula tak dapat elaun”

johor.jpg
Advertisement

LEDANG, 22 JUL: Selepas ketua kampung di Johor yang tidak menerima elaun, timbul pula isu setiausaha ketua kampung tidak menerima elaun dari Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar (KPLB).

Sebelum ini media mendedahkan perkara itu bahawa ketua kampung di negeri ini tidak menerima elaun dari KPLB akibat isu pelantikan jawatan itu di negeri ini.

Naib Ketua Pemuda, Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Asim Abdullah berkata perkara itu menimbulkan pelbagai masalah menyebabkan ketua kampung dan setiausahanya terbeban.

Advertisement

Asim Abdullah

“Kegagalan kerajaan memenuhi permintaan yang ditetapkan dalam isu lantikan ketua kampung menjejaskan organisasi di kampung.

“Ini membuktikan kelemahan apabila nama dicadangkan kerajaan sebelum ini tidak mencapai piawaian ditetapkan.

“Kerajaan perlu segera menangani masalah berbangkit ini dari menyusahkan pelbagai pihak,” ujarnya.

Advertisement

Dikatakan daerah Muar masih belum menyempurnakan pelantikan ketua kampung.

Cadangan nama oleh kerajaan Johor tidak mendapat watikah dari Pejabat Daerah Muar dikatakan punca pelantikan tersebut tidak berjaya dilakukan.

Sehubungan dengan itu, Asim berkata perkara itu menyusahkan seluruh ketua kampung di negeri ini.

Advertisement

“Antara sebab mengapa pelantikan Ketua Kampung tersebut tidak menepati apa yang dikhendaki Pejabat Daerah adalah disebakan sikap pilih bulu dipraktikkan kerajaan.

“Kerajaan hanya memilih ketua kampung berdasarkan latar belakang individu sebagai ahli parti politik tertentu sahaja, bukannya atas sebab kredibiliti.

“Ia sekaligus membuatkan kerajaan Johor hari ini telah melanggar titah Tuanku Sultan Johor yang menegah untuk tiada campur tangan politik dalam pelantikan ketua kampung,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top