BM | EN | 中文

Setiausaha Bersatu Johor nafi tiga ADUN lompat parti

solihan-badri-bersatu.jpg

JOHOR BAHRU, 18 OGOS: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menafikan dakwaan tiga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu akan keluar parti dan menyertai blok pembangkang.

Setiausahanya Mohd Solihan Badri berkata dakwaan itu adalah khabar angin yang tidak perlu disebarkan.

“Ini khabar angin sahaja, jangan sebarkan berita tidak tepat dan jangan guna pula media sosial untuk mengelirukan rakyat.

“Kalau tiga ADUN lompat sudah tentu saya antara yang tahu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau aktiviti rentas sempadan berhampiran Tambak Johor, di sini semalam.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang mendakwa tiga ADUN Bersatu Johor akan melompat parti dan menyatakan sokongan terhadap parti Pejuang yang penubuhannya diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top