BM | EN | 中文

Setiap warga ada rumah sendiri jadi fokus kerajaan – MB

IMG-20200110-WA0027.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 10 JAN: Kerajaan negeri memberi perhatian serius untuk membuka peluang bagi rakyat negeri ini untuk memiliki kediaman sendiri.

Demikian kata Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) di FELDA Sg. Sibol, dekat sini hari ini.

“Kerajaan negeri telah meluluskan permohonan tapak rumah kepada seramai 3,900 peneroka di seluruh negeri Johor.

Advertisement

“Dalam mencapai sasaran ini, Skim Perumahan Negeri Johor dan Skim Perumahan Belia Johor telah diperkenalkan.

“Kerajaan negeri juga komited mencapai sasaran pembinaan Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) disamping meneruskan program Perumahan Rumah Mesra Rakyat di negeri ini,” ujarnya.

Dalam ucapannya lagi, Sahruddin juga berharap pemilikan rumah buat setiap rakyat dapat mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top