BM | EN | 中文

Setiap program kerajaan Johor dicadang slot kesedaran coronavirus

IMG-20200207-WA0019.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 7 FEB: Suatu slot bagi memberi penerangan, maklumat, perkembangan serta langkah-langkah pencegahan dari menularnya jangkitan novel coronavirus dicadangkan untuk diadakan di setiap program kerajaan di Johor.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan kempen berhubung kesedaran mengenai virus tersebut di semua peringkat kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Penerangan.

“Kalau boleh setiap program besar anjuran kerajaan akan ada slot untuk kita edarkan risalah ataupun ucapan yang menyebarkan maklumat mengenai coronavirus bagi pengetahuan rakyat.

Advertisement

“Program tentang kesedaran coronavirus dibuat secara berpasukan di antara semua Exco di dalam usaha kita menyebarluas informasi,” katanya selepas mengedarkan risalah ‘Info On Wheel’ di pasar tani Taman Nusantara, dekat Gelang Patah, semalam.

Beliau berkata, antara tumpuan awal kesedaran adalah di peringkat sekolah dan pihaknya turut mendapat kerjasama yang baik daripada Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan.

“Saya difahamkan telah dibuat roadshow (jelajah) di hampir kebanyakan sekolah rendah dan menengah,” kata Dzulkefly yang juga ADUN Kota Iskandar.

Advertisement

Beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai agar merujuk maklumat berkenaan penyakit itu hanya daripada agensi bertauliah dan pihak berautoriti seperi Kementerian Kesihatan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top