BM | EN | 中文

“Setiap kali pergaduhan antara parti Perikatan Nasional, nama DAP juga diperalatkan”

Sheikh_Umar_Bagharib_Ali.jpeg

Gambar Ehsan The Malay Mail

Advertisement

KLUANG, 18 JAN: Setiap kali berlaku pergaduhan antara parti-parti dalam Perikatan Nasional ini, setiap kali itu juga nama DAP diperalatkan, kata Adun Paloh, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali.

Katanya ia memberikan gambaran gabungan itu sangat lemah kerana terpaksa bersandar kepada DAP untuk dijadikan ‘punching bag’ bagi menutup kelemahan pentadbiran mahupun perbalahan dalaman, apatah lagi dalam keadaan kerajaan yang ditadbir tanpa majoriti.

“Tindakan parti yang menunggang nama Melayu ini sangat melucukan.

Advertisement

“Selepas langkah Shareton, parti DAP sudah bukan lagi sebahagian dari kerajaan,” kata Sheikh ‘Umar dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin Umno, Annuar Musa sebelun ini kerap mengeluarkan kenyataan berkenaan DAP, antaranya menolak kerjasama dengan parti itu.

Namun, Annuar pernah mengeluarkan kenyataan pada Ogos 2018 bahawa Umno terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti.

Advertisement

Kata Annuar, formula lama gabungan Barisan Nasional (BN) sudah ketinggalan zaman.

Justeru itu, Sheikh ‘Umar yang juga Ketua Pemuda DAP Johor berkata, semua pemimpin dan petugas akar umbi DAP sedang sibuk berkhidmat untuk rakyat pada masa kritikal ini.

“Rakyat terpaksa berhadapan dengan banjir, Covid-19 dan tekanan ekonomi.

Advertisement

“Fokus DAP ketika ini ialah untuk istiqamah membantu rakyat dan membantu golongan kurang bernasib baik.

“Bukan mencari pihak ketiga untuk dipersalahkan, bagi menutup kelemahan diri sendiri,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top