BM | EN | 中文

Setakat ini hanya mukim Ulu Benut ‘zon merah’

ulu-benut.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 APR: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kes Covid-19 aktif mengikut mukim di daerah dalam negeri Johor menunjukkan perubahan yang positif.

Namun katanya, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor, sehingga tengah hari semalam hanya satu mukim di negeri ini yang diletakkan di bawah indikator ‘merah’, iaitu mukim Ulu Benut.

“Sehingga pukul 12 tengah hari semalam (26 April), sebanyak 49 mukim telah diletakkan dibawah indikator hijau dengan tiada kes aktif direkodkan.

Advertisement

“Sebanyak 42 mukim diletakkan dibawah zon kuning dengan jumlah antara 1 hingga 40 kes.

“Hanya satu mukim iaitu Ulu Benut masih diletakkan dibawah indikator merah dengan jumlah kes yang masih aktif iaitu sebanyak 79 kes,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah belkau, sebanyak 49 mukim telah diletakkan dibawah indikator hijau dengan tiada kes aktif direkodkan, manakala 42 mukim lagi Johor diletakkan dibawah zon kuning dengan jumlah antara 1 hingga 40 kes.

Advertisement

Semakan Johorkini di laman facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor mendapati mukim Plentong yang sebelum ini dikategorikan sebagai ‘merah’ kini telah diletakkan dalam indikator zon kuning apabila hanya 25 kes aktif dilaporkan.

Sementara itu hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Johor akan ditamatkan esok.

“Segala sekatan, lockdown dan sebagainya akan ditarik balik di PKPD Simpang Renggam ini,” kata beliau pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Advertisement

Dua kawasan petempatan dalam mukim Ulu Benut tersebut berada di bawah PKPD itu terletak sejak 27 Mac lalu.

Ia menempatkan kira-kira 3,570 orang penduduk daripada 650 keluarga.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top