BM | EN | 中文

Setakat ini, 37 mukim di Johor ‘zon hijau’ tiada kes Covid-19

map-johor-covid-19-12-April.jpg

Taburan kes Covid-19 seluruh negeri Johor sehingga 12 April 2020 (Gambar Ehsan FB Jabatan Kesihatan Negeri Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 APR: Sehingga hari ini sebanyak 37 buah mukim di negeri Johor dikategorikan sebagai ‘zon hijau’, iaitu tiada rekod bagi kes Covid-19.

Pecahan kes positif di daerah-daerah di Johor sehingga 12 April 2020 (Gambar Ehsan FB Jabatan Kesihatan Negeri Johor)

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berhubung situasi semasa kes Covid-19 di Johor dalam satu kenyataannya hari ini.

“Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengenai kes Covid-19 mengikut mukim di daerah di negeri ini setakat 12 April 2020, sebanyak 37 mukim masih berada dalam Zon Hijau dengan rekod tiada kes.

Advertisement

“Ini diikuti 49 mukim di bawah Zon Kuning. Sebanyak empat mukim diletakkan dalam Zon Jingga, manakala dua mukim, iaitu Plentong dan Ulu Benut diletakkan di bawah Zon Merah dengan melebihi 40 kes,” kata Vidyananthan.

Menurut paparan di laman facebook Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor, bagi kawasan tiada kes dikategorikan sebagai Zon Hijau.

Bagi satu hingga 20 kes dikategorikan sebagai Zon Kuning, Zon Jingga bagi 21 hingga 40 kes dan Zon Merah bagi kawasan melebihi 40 kes.

Advertisement

Kemaskini JKN Johor malam tadi menyatakan terdapat 170 kes Covid-19 di mukim Ulu Benut dalam daerah Kluang dan 59 kes di mukim Plentong di daerah Johor Bahru.

Bagi pecahan kes positif Covid-19 daerah di Johor sehingga 12 April 2020, jumlah kumulatif kes yang dilaporkan ialah Segamat (15 kes), Tangkak (10 kes), Muar (40 kes), Batu Pahat (51 kes), Pontian (17 kes), Johor Bahru (177 kes), Kulai (35 kes), Kota Tinggi (16 kes), Kluang (193 kes) dan Mersing (4 kes)

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top