BM | EN | 中文

Setahun sertai Seldec, usahawan makanan kini ada 80 ejen

seldec-SELDEC.png
Advertisement

SHAH ALAM, 22 JUN: Seorang usahawan kecil berjaya melantik 80 ejen seluruh negara selepas menyertai program Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) tahun lalu.

Pengasas Kasihnya Karl Food Industrim Noorinyanti Zainal Abidin berkata beliau merupakan peniaga terawal dilatih program itu bagi melancarkan operasi jualan berasaskan makanan.

“Dahulu pasaran saya hanya di Facebook peribadi dan WhatsApp sahaja tapi selepas sertai Seldec, saya diajar dengan ilmu pemasaran lebih meluas.

Advertisement

“Seldec berikan kursus, latih aspek pemasaran dan penjenaman bagi memudahkan jualan saya dikenali. Kini ada 80 ejen yang aktif menjual produk saya,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian dalam program Bual Bicara Seldec: Platform Bantu Peniaga Selangor.

Pengasas Kasihnya Karl Food Industries, Noorinyanti Zainal Abidin (Gambar Ehsan SelangorKini)

Program tersebut disiarkan secara langsung melalui Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.

Advertisement

Beliau berkata kebanyakan pelanggannya berpuas hati menggunakan platform e-dagang Seldec kerana barang pembelian sampai dengan selamat.

“Pelanggan juga selalu mendapat potongan harga. Ada juga menerima barangan percuma seperti minyak masak dari Seldec,” katanya.

Seldec dilancarkan pada 3 Oktober 2019 bagi membantu meningkatkan pendapatan usahawan kecil dan pengusaha luar bandar di negeri ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top