BM | EN | 中文

Sesuai gelaran ‘harimau selatan’ Johor perlu lebih garang berdepan Covid-19

George-Poh-Eng-Guan.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 20 MEI: Kerajaan Johor perlu ‘lebih garang’ berdepan Covid-19 dengan langkah agresif mendepani wabak itu, kata Penolong Setiausaha DAP Johor, George Poh Eng Guan.

Kata George, kerajaan Johor tidak boleh bersifat seperti seekor harimau yang malas dan menunggu makanan datang kepadanya, tetapi mengambil langkah proaktif.

George turut memberikan contoh, antaranya melalui pembelian vaksin untuk Bangsa Johor seperti diusahakan kerajaan negeri lain.

Advertisement

Ini kerana katanya, Johor mempunyai hubungan terus dengan negara pengeluar vaksin, dan peluang ini boleh diambil sebagai langkah alternatif.

“Kita tidak boleh semata-mata bergantung harap kepada sosok Menteri Kesihatan dan Perdana Menteri, walaupun mereka itu datangnya dari negeri bertuah ini.

“Gelaran ‘Harimau Selatan’ untuk negeri Johor tidak sepatutnya dilihat seperti seekor harimau malas, menanti makanan datang kepadanya.

Advertisement

“Harimau sifatnya terus mengorak langkah, memburu dan merajai, dan begitulah negeri Johor yang sepatutnya,” kata George dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Perdana Menteri adalah Muhyiddin Yassin, ahli parlimen Pagoh manakala Menteri Kesihatan adalah Dr Adham Baba yang merupakan ahli parlimen Tenggara.

Ujarnya, Johor antara negeri tertinggi jumlah kes Covid-19 tertinggi di Malaysia memerlukan langkah agresif menyekat penularan wabak tersebut.

Advertisement

“Peningkatan kes Covid-19 di Johor telah menyebabkan seluruh sektor, termasuk pendidikan dan sektor penjana ekonomi negeri ini berjalan lembab,” katanya lagi.

Sebagai langkah pengawalan pandemik kata George, kerajaan negeri digesa untuk menjalankan ujian saringan menyeluruh kepada bangsa Johor.

“Kerajaan perlu menggerakkan seluruh kekuatan melalui agensi dan syarikat milik kerajaan negeri, dan ujian saringan ini boleh dimulai di kawasan-kawasan yang berhadapan kes tinggi.

Advertisement

Saringan menyeluruh ini pula perlu dijalankan secara berkala, sehingga Bangsa Johor seluruhnya menerima Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dijalankan oleh kerajaan pusat,” kata George lanjut,

Johorkini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top