BM | EN | 中文

SESI PERSEKOLAHAN SK, SMK TANJUNG ADANG BERSAMBUNG ESOK

WhatsApp-Image-2019-08-27-at-8.13.25-PM.jpeg

Tunku Ismail berkenan berangkat meninjau kawasan kebakaran di Gelang Patah yang berdekatan dengan SK Tanjung Adang dan SMK Tanjung Adang pada 26 Ogos (sumber gambar: Facebook HRH Crown Prince of Johor)

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 OGOS: Sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan (SK) dan SMK Tanjung Adang sah bersambung semula esok selepas ditutup dua hari ekoran kebakaran hutan di kawasan Gelang Patah yang berlarutan sejak 21 Ogos lalu.

Timbalan Jabatan Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Johor Ab Rahim Lamin berkata keputusan itu dibuat selepas Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan yang ianya selamat untuk sesi persekolahan disambung semula selepas jabatan tersebut memantau kualiti udara di kawasan sekolah terbabit.

Selain kebakaran di kawasan berdekatan telah berjaya dipadamkan, faktor arah angin juga membantu memulihkan semula kualiti udara di sekolah terbabit.

Advertisement

“Berdasarkan pemantauan pihak JAS pada tengah hari tadi, tiada kepulan asap dikesan dibawa ke kawasan sekolah.

“Angin bertiup kearah bertentangan dengan sekolah. Pembakaran ditepi kawasan sekolah juga telah dapat dikawal oleh pihak bomba,” kata Ab Rahim kepada Johorkini.

Kedua-dua sekolah terlibat – SK Tanjung Adang, yang mempunyai 148 murid dan SMK Tanjung Adang yang mempunyai 245 pelajar – terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kebakaran di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang di Gelang Patah.

Advertisement

Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebelum ini menitahkan supaya kedua-dua buah sekolah tersebut ditutup kerana bimbang kesihatan warga sekolah terjejas memandangkan kedudukan sekolah yang terletak berdekatan dengan kawasan kebakaran.

Terdahulu, Ab Rahim berkata langkah berjaga-jaga akan diambil bagi memastikan keselamatan warga sekolah yang terjamin, termasuk meminta warga sekolah memakai topeng muka yang dibekalkan serta memberikan kebenaran kepada penghidap asthma untuk tidak hadir.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top