BM | EN | 中文

Sesi percambahan minda Yayasan Raja Zarith Sofiah

zarith-sofiah-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 FEB: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mempengerusikan sesi percambahan minda.

Ia bagi membincangkan serta mengenalpasti idea baharu dalam memperbaiki projek dan inisiatif dibawah Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, baru-baru ini.

Dalam satu status yang dimuatnaik dalam Facebook The Royal Johor, Raja Zarith Sofiah bertitah, sesi berkenaan turut menerokai beberapa pendekatan dan cara untuk membantu keperluan pelajar-pelajar.

Advertisement

“Kita berhasrat untuk mempromosi nilai-nilai Islam dalam menimba ilmu demi kepentingan memperbaiki masyarakat dan memberi fokus kepada bantuan kewangan kepada pelajar dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi dari kalangan keluarga berpendapatan rendah tanpa mengira agama dan bangsa, ” titah Baginda Permaisuri Johor.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif yayasan, Hishamuddin Abdul Rahim, graduan Oxford Encik Sachin Banit dan Dr Ahmad Helmi Azhar, serta penerima Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA), Hajar Nur Asyiqin Abdul Zubir.

Hajar Nur Asyiqin, merupakan pelajar tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Kimia di Kolej Imperial London, turut menyampaikan penghargaan di atas sumbangan yang diterima beliau terutama banyak membantu sepanjang pengajiannya.

Advertisement

Ujarnya, bantuan yang diterima dari ZSIEFA banyak membantu dari segi perbelanjaan ketika berada di London seperti sewa, kos sara hidup dan makmal penyelidikan.

“Kini, saya mahu membantu balik supaya pelajar-pelajar lain turut mendapat manfaat daripada Yayasan untuk pengajian mereka pada masa depan,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top