BM | EN | 中文

SESI PEMBELAJARAN SMK TANJUNG ANDANG MASIH DITERUSKAN

Sesi-pembelajaran-SMK-Tanjung-Andang-masih-diteruskan.jpg
Advertisement

KLUANG, 25 OGOS: Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Andang Iskandar Puteri yang terletak berhampiran kawasan hutan yang terbakar sejak dua hari lepas, masih berlangsung seperti biasa setakat ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor (Pembelajaran), Sallina Hussain berkata pihaknya belum menerima apa-apa keputusan atau arahan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri untuk menutup sementara atau memberikan cuti kepada sekolah berkenaan.

“Setakat ini, kita (Jabatan Pendidikan) memberi mask kepada pelajar. Selagi tidak dimaklumkan oleh DOE (JAS) untuk cuti, kami (pihak sekolah) akan teruskan pembelajaran seperti biasa,” katanya.

Advertisement

Beliau ditemui pemberita pada Program Transformasi Minda Anak Muda Gugusan Belitong dan Tindak Susul Isu Pendidikan di Parlimen di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong di sini, hari ini, yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Sallina berkata beliau difahamkan kira-kira 60 peratus kawasan hutan yang terbakar itu telah dapat dipadamkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Daripada laporan semalam, keadaannya (kebakaran) sudah terkawal dan kebakaran pula berlaku hanya satu kilometer daripada sekolah,” katanya.

Advertisement

Kebakaran yang dipercayai bermula petang Jumaat itu melibatkan kebakaran hutan di kawasan seluas 16 hektar.

Operasi pemadaman kini sedang giat dijalankan oleh anggota dari 10 balai bomba di kawasan Zon 1, Johor dengan bantuan jentolak dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan penduduk tempatan.

Kebakaran bertambah buruk dipercayai akibat cuaca panas dan kering yang melanda negeri ini.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top